Sunday, August 8, 2010


Samihah Binti Ibrahim;Engkau Ratu hatiku & Mat Arif Bin Yusof;Engkau Wira Hidupku.


Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan segala limpah dan kurniaNYA dapat lah daku bersama-sama Ratu hati dan Wira hidup ku berkongsi meraikan kejayaan pengajian Ijazah Sarjana Muda ku pada 6hb ogos 2010 yang lalu.

Sekali lagi daku memanjatkan rasa syukur dan merasa sangat bertuah kerana 6hb yang lalu itu adalah turut merupakan tanggal kelahiran Ratu hatiku dan Ijazah yang ku peroleh itu adalah hadiah khas buat Ratu hatiku.

Secara peribadinya daku penuh yakin bahawa kejayaan yang peroleh ini adalah berkat doa serta restu daripada mereka yang bergelar Mak dan Abah dalam kehidupanku selama ini. Jasa dan bakti mereka tidak akan mampu ku balas walau sebesar mana pangkat yang diperoleh di dunia andai ketaatan serta nilai menghormati mereka luntur dalam jiwa insan-insan bergelar anak. Doaku agar Allah s.w.t mudahkan daku untuk berbakti kepada mereka berdua setimpal dengan pengorbanan, perih-jerit, air mata serta keringat yang mengiringi mereka selama membesarkan dan mendidik daku sehingga ke tahap ini.